Tiada permit import, Maqis rampas penyapu buluh dari China

Pegawai penguatkuasa Maqis memeriksa kontena berisi penyapu buluh dari China yang dibawa masuk tanpa permit import melalui Pelabuhan Kuantan pada Selasa.
Pegawai penguatkuasa Maqis memeriksa kontena berisi penyapu buluh dari China yang dibawa masuk tanpa permit import melalui Pelabuhan Kuantan pada Selasa.
A
A
A

KUANTAN - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) merampas sebuah kontena berisi 2,350 unit penyapu buluh dari China yang cuba dibawa masuk tanpa permit import melalui Pelabuhan Kuantan, di sini pada Selasa.

Maqis Negeri Pahang berkata, barang dagangan bernilai RM65,946 itu ditahan untuk tindakan lanjut selepas pihak terlibat gagal mengemukakan permit import ketika pemeriksaan rutin dijalankan.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

"Jika sabit kesalahan, pihak berkenaan boleh didenda mengikut Seksyen 11(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih enam tahun atau kedua-duanya sekali.

Penyapu buluh dari China yang dirampas dipercayai cuba dibawa masuk tanpa permit import melalui Pelabuhan Kuantan pada Selasa.
Penyapu buluh dari China yang dirampas dipercayai cuba dibawa masuk tanpa permit import melalui Pelabuhan Kuantan pada Selasa.

"Bagi kesalahan kedua dan berikutnya denda tidak melebihi RM150,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih tujuh tahun atau kedua-duanya sekali," katanya melalui satu kenyataan pada Selasa.

Menurut beliau, Maqis sentiasa bersungguh-sungguh menjalankan penguatkuasaan di semua pintu masuk negara dan menasihati para pengimport supaya mematuhi syarat serta peraturan yang ditetapkan kerajaan.

"Ia bagi memastikan keselamatan keluaran pertanian negara terjamin dan terpelihara," katanya.

Artikel Berkaitan: