Tiada bukti kukuh kes pecah amanah babitkan Zahid: Peguam

Ahmad Zahid Hamidi
Ahmad Zahid Hamidi
A
A
A

KUALA LUMPUR- Peguam kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhujah pihak pendakwa raya tidak mempunyai 'prima facie' dalam 12 pertuduhan pecah amanah yang dikenakan terhadap Presiden UMNO itu berhubung transaksi berkaitan Yayasan Akalbudi (YAB) yang dihadapinya.

Ini kerana cek-cek terbabit adalah dalam pegangan bekas setiausaha eksekutif Ahmad Zahid, Mejar Mazlina Mazlan @ Ramly.

Peguam, Hamidi Mohd Noh dalam hujahan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah di sini hari ini berkata daripada 52 cek tersebut, sebanyak 44 cek adalah berkait dengan cek dikeluarkan daripada YAB melalui akaun Affin Bank Berhad.

Hamidi dalam hujahannya turut membahagikan pengeluaran 52 cek itu kepada empat bahagian:

-Cek yang dicop. Cek tersebut tidak mempunyai tandatangan tulisan tangan tertuduh. Terdapat 32 cek seperti itu.

-Cek yang tidak dihantar untuk analisis tandatangan.

-Cek yang telah tertuduh tandatangan terlebih awal. Saksi Pendakwaan 90 (Mejar Mazlina) menggunakan cek yang telah ditandatangani lebih awal untuk membuat bayaran yang tidak diketahui tertuduh. Terdapat 10 cek seperti itu.

-Cek yang memiliki tanda tangan tertuduh yang memihak kepada penerima cek.

Artikel Berkaitan:

Ahmad Zahid, 68, berdepan 47 pertuduhan - 12 melibatkan CBT, lapan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jutaan ringgit milik Yayasan Akalbudi.- Awani