CBP perkenal sistem e-Temujanji

Co-opbank Pertama (CBP) memperkenalkan sistem e-Temujanji bagi memudahkan urusan perbankan pelanggan secara bersemuka di kaunter-kaunter cawangan CBP.
Co-opbank Pertama (CBP) memperkenalkan sistem e-Temujanji bagi memudahkan urusan perbankan pelanggan secara bersemuka di kaunter-kaunter cawangan CBP.
A
A
A

SHAH ALAM - Co-opbank Pertama (CBP) memperkenalkan sistem e-Temujanji bagi memudahkan urusan perbankan pelanggan secara bersemuka di kaunter-kaunter cawangan CBP di sepanjang tempoh pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang sedang dikuatkuasakan.

Sistem e-Temujanji itu telah digunakan sejak 1 Ogos lalu.

Ia membolehkan pelanggan-pelanggan CBP menempah slot janji temu di semua 28 cawangan CBP di seluruh negara dan sebuah outlet Ar-Rahnu di Setapak.

"Menerusi sistem ini, pelanggan boleh menempah slot janji temu secara di https://bit.ly/temujanjiCBP sebelum hadir ke cawangan CBP.

"Sistem ini diperkenalkan bagi memastikan pengoperasian perkhidmatan kaunter cawangan-cawangan CBP mematuhi garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan," menurut CBP dalam satu kenyataan pada Selasa.

Kenyataan itu juga memaklumkan bahawa selain kaedah e-Temujanji, pelanggan-pelanggan juga boleh menggunakan aplikasi MyCoopbank iaitu aplikasi perbankan dalam talian yang boleh dimuat turun di platform Google Playstore dan Apple Store.

Bagaimanapun, cawangan CBP masih menerima pelanggan ‘walk-in’ seperti biasa.

Artikel Berkaitan: