Bukan jam Rolex tapi Buruj, Idris Ahmad jawab dakwaan Siti Kasim

Idris Ahmad menjelaskan dakwaan Siti Kasim menerusi Twitternye. Gambar kecil Siti Kasim.
Idris Ahmad menjelaskan dakwaan Siti Kasim menerusi Twitternye. Gambar kecil Siti Kasim.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad menafikan beliau memakai jam tangan jenama mewah berjenama Rolex.

Idris berkata, jam yang dipakai beliau itu sebenarnya adalah jenama Buruj yang telah lama dipakainya bagi memudahkan dirinya untuk mengetahui waktu solat dan arah kiblat.

“Boleh solat kat mana-mana. Dalam pejabat yang baru masuk pun boleh solat sebab senang nak tentukan arah kiblat (dengan jam Buruj berkenaan),” ujar beliau menerusi hantaran di Facebook, Twitter dan Instagram miliknya.

No Image Caption

Idris berkata demikian sebagai mengulas ciapan peguam dan aktivis, Siti Kasim yang mendakwa menteri berkenaan menggunakan jam tangan Rolex.

Menerusi tangkap layar daripada Twitter Siti Kasim, aktivitis itu meminta pengikut laman sosialnya memeriksa jam tangan Rolex dipakai Idris.

Ia membabitkan satu gambar memaparkan menteri agama itu menadah tangan berdoa dan menampakkan jam tangan.

Artikel Berkaitan:

Untuk pengetahuan, jam Buruj ni lama dah saya pakai, senang nak tahu waktu solat & arah kiblat. Boleh solat kat mana-mana. Dalam pejabat yang baru masuk pun boleh solat sebab senang nak tentukan arah kiblat. pic.twitter.com/DTgAOAG0yn

— Ustaz Idris Ahmad (@ustaz_idris) September 5, 2021