7 remaja sesat di Jeram Gunung Hitam selamat dibawa turun

Kesemua mangsa ditemui dalam keadaan selamat.
Kesemua mangsa ditemui dalam keadaan selamat.
A
A
A

HULU LANGAT - Tujuh remaja dilaporkan hilang semasa beriadah di Jeram Gunung Hitam di Sungai Lui di sini selamat dibawa turun oleh pasukan penyelamat pada Isnin.

Kesemua mangsa yang berusia 18 tahun itu berjaya dibawa turun ke kaki Gunung Hitam kira-kira jam 5.59 pagi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) berjaya menemui kesemua mangsa dalam keadaan selamat pada jam 1.51 pagi Isnin.

"Mangsa telah ditemui oleh pihak Bomba dalam keadaan selamat, usaha membawa turun mangsa mengambil masa kira-kira empat jam, operasi mencari dan menyelamat tamat pada jam 6.30 pagi," katanya melalui kenyataan pada Isnin.

Pada Isnin, Norazam memaklumkan pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 4.15 petang pada Ahad.

"Kesemua mangsa itu sesat di hutan berkenaan ketika beriadah. Mereka dapat dihubungi melalui talian telefon dan memaklumkan tidak mengalami kecederaan," katanya.

Sementara itu, Komander Operasi, Syahrin Yusma Mat Yusof berkata, seramai 36 anggota SAR termasuk lima penduduk tempatan terlibat dalam operasi yang bermula sejak jam 9.30 malam pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Tujuh remaja sesat ditemukan selamat

7 remaja lelaki hilang di Gunung Hitam, Hulu Langat


Artikel Berkaitan: