Remaja sesat di hutan Bukit Pelindung ditemui selamat

Remaja perempuan yang dilaporkan tersesat ketika beriadah di kawasan Hutan Bukit Pelindung awal pagi Sabtu ditemui selamat. - Foto: Bomba Pahang
Remaja perempuan yang dilaporkan tersesat ketika beriadah di kawasan Hutan Bukit Pelindung awal pagi Sabtu ditemui selamat. - Foto: Bomba Pahang
A
A
A

KUANTAN - Seorang remaja perempuan yang dilaporkan tersesat ketika beriadah di kawasan hutan Bukit Pelindung awal pagi Sabtu ditemui selamat.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, remaja berusia 20 tahun itu berjaya diselamatkan pihak bomba kira-kira jam 8.59 pagi.

"Remaja terbabit tersesat ketika membuat aktiviti mendaki bukit dan telah tersasar dari trek laluan

"Enam pegawai dan anggota bomba telah membuat operasi pencarian dan dapat berhubung dengan mangsa melalui talian telefon," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Zulfadli berkata, susulan itu mangsa berjaya ditemui dalam keadaan selamat dan dibawa turun dari lokasi tersebut.

Jelasnya, operasi pencarian ditamatkan dan pegawai serta anggota terlibat bergerak pulang ke balai Bomba dan Penyelamat Kuantan.