Norza mampu bantu takraw dipertandingkan di Olimpik

Abdul Halim
Abdul Halim
A
A
A

KEJAYAAN Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mengekalkan jawatan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) diyakini dapat membantu usaha sepak takraw ke arah mendapat pengiktirafan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) agar sukan itu dipertandingkan di Olimpik.

Menurut Setiausaha Agung Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF), Datuk Abdul Halim Kader, badan induk tersebut akan bekerjasama rapat dengan MOM bagi merealisasikan usaha berkenaan.

“Mohammad Norza juga adalah satu-satunya anak Melayu pemimpin sukan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa yang dapat berganding tenaga untuk membolehkan Presiden Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach serta Jawatankuasa Eksekutif IOC untuk menerima sepak takraw sebagai sukan diiktiraf dalam masa terdekat.

“Pengiktirafan itu sekaligus diharap dapat memastikan sepak takraw dipertandingkan di Sukan Olimpik Paris 2024 atau Los Angeles 2028.

"Saya penuh yakin presiden MOM dan Setiausaha Agung, Datuk Nazifuddin Najib merupakan dua insan yang kami perlukan dan kami harapkan kerana kejujuran mereka sebagai pemimpin serta pentadbir yang berjuang dalam bidang sukan," katanya.

Mohamad Norza mengekalkan jawatan nombor satu MOM selepas diumum menang tanpa bertanding pada pemilihan badan induk itu sempena Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) pada Sabtu.

Turut sama mengekalkan jawatannya tanpa bertanding ialah Timbalan Presiden, Datuk Hamidin Mohd Amin.

Abdul Halim yang juga Presiden Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF) berharap dapat mengadakan pertemuan

Artikel Berkaitan:

presiden dan setiausaha agung MOM dalam beberapa bulan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Negara pertama yang akan saya kunjungi adalah Malaysia dan juga akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Belia dan Sukan yang baharu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu," katanya.