Kar Gee tarik diri pada lompatan kelima

Kar Gee. - Foto FB Majlis Sukan Negara
Kar Gee. - Foto FB Majlis Sukan Negara
A
A
A

ATLET lompat jauh para negara, Wong Kar Gee tidak dapat meneruskan aksi dalam kategori T13 pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 apabila menarik diri pada lompatan kelima, pagi tadi.

Aksi Kar Gee juga dilihat kurang memuaskan apabila lompatan pertama, lompatan kedua dan lompatan keempatnya, dibatalkan.

Bagaimanapun, Kar Gee mencatatkan lompatan terbaik peribadinya dengan lompatan sejauh 5.93 meter pada temasya Paralimpik kali ini.

Sementara itu Atlet Azerbaijan, Orkhan Aslanov memenangi emas bagi acara berkenaan dengan catatan 7.36 meter manakala pingat perak dimenangi Ivan Jose Cano Blanco (Sepanyol) yang mencatatkan 7.04 meter dan Isaac Jean-Paul dari Amerika Syarikat (AS) meraih gangsa dengan catatan 6.93 meter.

Artikel Berkaitan: