JPJ Melaka tutup tujuh hari

Notis penutupan Ibu Pejabat JPJ Melaka bermula Jumaat.
Notis penutupan Ibu Pejabat JPJ Melaka bermula Jumaat.
A
A
A

MELAKA - Operasi Ibu Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri diarahkan tutup selama tujuh hari bermula hari ini hingga 10 September depan.

Pengarahnya, Muhammad Firdaus Shariff berkata, arahan penutupan itu dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri untuk mengawal penularan pandemik Covid-19.

Menurutnya, kesemua perkhidmatan kaunter termasuk perkhidmatan kaunter pandu lalu yang dilancarkan pada 23 Ogos lalu terpaksa ditutup sementara dalam tempoh tersebut.

"Pejabat diarahkan tutup bermula jam 12.15 tengah hari tadi bagi menjalankan kerja-kerja sanitasi.

"Semua urus niaga di JPJ sehingga ke perkhidmatan kaunter dan penguatkuasaan ditutup dalam tempoh berkenaan," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan menggunakan kaedah lain iaitu pendekatan dalam talian bagi urusan pembayaran saman, pembaharuan lesen memandu dan cukai jalan.

"Pelanggan JPJ juga boleh mendapatkan perkhidmatan di kiosk JPJ yang terletak di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Jalan Hang Tuah," katanya.

Artikel Berkaitan: