MTIS masih mampu bertahan

MTIS masih boleh bertahan dan meneruskan operasi biarpun banyak pusat tahfiz di seluruh negara akibat pandemik Covid-19.. Gambar kecil: MOHD ZARIMI SHUBRAWI
MTIS masih boleh bertahan dan meneruskan operasi biarpun banyak pusat tahfiz di seluruh negara akibat pandemik Covid-19.. Gambar kecil: MOHD ZARIMI SHUBRAWI
A
A
A

TEMERLOH - Maahad Tahfiz Al-Istiqamah (MTIS) Temerloh di Kampung Padang Lalang di sini masih mampu meneruskan kelangsungan operasi biarpun banyak tahfiz di seluruh negara terpaksa ditutup akibat pandemik Covid-19.

Mudir MTIS, Mohd Zarimi Shubrawi berkata, maahad berkenaan boleh menarik nafas lega dan bersyukur berikutan ibu bapa pelajar masih mampu menjelaskan yuran bulanan anak mereka.

Menurutnya, maahad memberikan diskaun RM50 menjadikan jumlah yuran dibayar hanya RM200 berbanding RM250 sebelum ini.

"Namun saya akui jumlah sumbangan individu berkurangan sepanjang pandemik ini melanda negara.

"Syukur buat masa ini MTIS masih mampu bertahan dan meneruskan sesi pembelajaran Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) serta sesi tasmik al-Quran setiap hari," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Sesi PdPR dan tasmik al-Quran yang dijalankan setiap hari bersama pelajar dan tenaga pengajar MTIS
Sesi PdPR dan tasmik al-Quran yang dijalankan setiap hari bersama pelajar dan tenaga pengajar MTIS

Ujarnya, setakat ini, semua pelajar dan tenaga pengajar memberikan komitmen tinggi setiap kali sesi pembelajaran dilaksanakan walaupun secara dalam talian.

Selain itu, beliau juga memberitahu, MTIS turut memilih dan menghantar hadiah untuk pelajar terbaik setiap bulan.

Artikel Berkaitan:

"Turut diadakan perhimpunan dalam talian melibatkan ibu bapa, guru dan pelajar sebulan sekali juga sempena sambutan seperti Maal Hijrah dan sambutan kemerdekaan," tambahnya.

Dalam pada itu, MTIS yang ditubuhkan pada tahun 2016 kini memiliki 53 pelajar iaitu 30 lelaki dan selebihnya perempuan selain mereka tidak sabar untuk kembali ke sesi pembelajaran secara bersemuka.

"Memang tidak sabar dan sudah tentu MTIS akan mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan kerana sesi pembelajaran PdPR berbeza berbanding bersemuka sendiri dengan pelajar," jelasnya lagi.