X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 19 Oktober 2021

300 keluarga di Masai terjejas banjir kilat

Anggota penyelamat memantau keadaan banjir kilat di Kampung Sentosa Barat, Pasir Gudang pada jam 3 pagi Khamis,
A
A

PASIR GUDANG - Sabanyak 300 keluarga melibatkan lima kawasan Masai di sini diancam banjir kilat pada awal pagi Khamis.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas, Datuk Che Zakaria Mohd Salleh berkata, hujan lebat sejak tengah malam mengakibatkan Kampung Sepakat, Kampung Masjid, Sungai Masai, Desa Bakti dan Jalan Masai ditenggelami air.

"Kejadian turut mengakibatkan penduduk kerugian apabila pelbagai harta benda rosak dalam kejadian berkenaan.

"Namun tiada sebarang kejadian kemalangan jiwa dilaporkan sehingga kini dan semua mangsa berada dalam keadaan selamat," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Beliau bagaimanapun berkata, tiada pusat pemindahan dibuka dan banjir kilat sehingga kira-kira satu meter juga sudah surut.

Ketika ini, katanya, mangsa sedang melakukan kerja pembersihan semasa beliau pada pagi Khamis meninjau beberapa kawasan perkampungan terjejas.

"Mangsa akan disalurkan bantuan makanan dan kami akan melihat keperluan lain," ujarnya.

Beliau tidak menolak kemungkinan bahawa kejadian banjir berkenaan berpunca daripada sistem saliran di kawasan berkenaan.

Pihaknya sebelum ini ada menyalurkan aduan berkaitan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya sistem saliran dinaik taraf secepat mungkin.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!