65.1 peratus populasi dewasa lengkap suntikan vaksin

Sebanyak 65.1 peratus atau 15,241,655 individu daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam. Gambar hiasan
Sebanyak 65.1 peratus atau 15,241,655 individu daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam. Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 65.1 peratus atau 15,241,655 individu daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

JKJAV menerusi perkongsian infografik di laman Twitter rasminya hari ini memaklumkan, sebanyak 85.1 peratus atau 19,932,137 individu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam sebanyak 35,150,474 dos.

Menurut JKJAV, 61 peratus daripada jumlah populasi keseluruhan negara telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19 manakala 46.7 peratus telah melengkapkan vaksinasi.

Sementara itu, vaksinasi harian semalam merekodkan sebanyak 398,134 dos dengan 188,780 daripadanya merupakan dos pertama daripada vaksin dua dos manakala 209,354 adalah dos lengkap.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara. -Bernama

Artikel Berkaitan: