Alumni 76/80 UKM imbau nostalgia

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamarudin Jaffar bersalaman dengan alumni diiringi oleh Pengerusi, Datuk Azis Yacub di majlis Makan Malam Tautan Kasih Alumni UKM 76/80. - Foto Sinar Harian/ROSLI TALIB
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamarudin Jaffar bersalaman dengan alumni diiringi oleh Pengerusi, Datuk Azis Yacub di majlis Makan Malam Tautan Kasih Alumni UKM 76/80. - Foto Sinar Harian/ROSLI TALIB
A
A
A

BANGI - Seramai 90 alumni bersama pasangan hadir memeriahkan Majlis Makan Malam Tautan Kasih Alumni 76/80, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Kelab Golf Danau di sini, hari ini.

Majlis makan malam buat kali kedua itu merupakan anjuran Kumpulan Alumni Tahun 76/80 dengan kerjasama pihak UKM.

Ia melibatkan bekas pelajar daripada lima fakulti iaitu Fakulti Sains Sosial dan Kemasyarakatan, Fakulti Islam, Fakulti Ekonomi, Fakulti Saind dan Institut Bahasa dan Kebudayaan.

Menurut Pengerusi Alumni 76/80 UKM, Datuk Azis Yacub, majlis makan tersebut diadakan adalah untuk merapatkan ukhwah dan mengembalikan nostalgia para alumni ketika melanjutkan pengajian di universiti berkenaan.

"Pada masa sama, program ini juga memberi berpeluang kepada alumni bertukar maklumat dan pengalaman masing-masing selepas lebih tiga dekad meninggalkan alam pengajian.

"Menariknya, selain majlis makan makan kami turut menganjurkan pelbagai aktiviti termasuk mengumpul dana untuk tabung universiti," katanya pada Majlis Makan Malam Tautan Kasih Alumni UKM 76/80 di sini, hari ini.

Hadir sama ialah, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamarudin Jaffar dan Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Pelajar & Alumni UKM, Prof Madya Dr Roslee Rajikan.

Jelas Azis, dana yang dikumpul dalam kalangan kumpulan alumni 76/80 itu akan disalurkan kepada pihak UKM bagi manfaat para pelajar.

Artikel Berkaitan:

"Buktinya, pada tahun lalu saja kami berjaya mengumpulkan dana sebanyak RM10,000 dan inisiatif ini akan diteruskan dari semasa ke semasa," ujarnya.

Selain cabutan bertuah para tetamu turut diserikan dengan persembahan nyanyian daripada wakil UKM.