Josiah, Isabella ungguli Golf Remaja Saujana-100PLUS

Josiah, Isabella juara Golf Remaja Saujana-100PLUS.
Josiah, Isabella juara Golf Remaja Saujana-100PLUS.
A
A
A

PEMAIN remaja Australia, Josiah Edwards, muncul juara kategori lelaki Golf Remaja Saujana-100PLUS di Saujana Golf & Country Club pada Khamis.

Selaku pendahulu dua pusingan, pemain berusia 16 tahun itu, meneruskan prestasi konsisten dengan melakukan satu di bawah par 71 pada pusingan akhir pada Khamis.

Kejayaan itu membolehkannya mengumpul jumlah 217 pukulan sekali gus merangkul kejuaraan dengan kelebihan dua pukulan.

Sementara itu, pemain cilik berusia 13 tahun, Daichi Hayashi dari China melakukan catatan 69 pukulan untuk muncul naib juara dengan jumlah 219 pukulan.

Bakat tempatan, Nathan Wong dan Nor Haqeim Hadi masing-masing meraih tempat ketiga dan keempat.

Kategori perempuan pula, menyaksikan pemain China, Isabella Yan, merangkul kejuaraan pertama tahun ini.

Dia selepas menewaskan pemain negara, Wang Xin Yao dalam saingan playoff selepas masing-masing mengakhiri saingan dengan terikat 220 pukulan.

Nur Batrisya Balqis, Tan Ying Ying dan Amanda Gan pula berkongsi kedudukan tempat ketiga dengan 228 pukulan.

KEPUTUSAN

Lelaki: (Semua pemain Malaysia kecuali dinyatakan)

217 Josiah Edwards (Australia) 71-75-71

219 Daichi Hayashi (Jepun) 75-75-69

220 Nathan Wong 74-75-71

224 Nor Haqeim Hadi 74-76-74

225 Wan Hasnul Daniel

228 Kim Beom Gyu (Korea Selatan) 76-77-75

230 Austrin Gan 76-77-77

231 Wan Muhd Danial Hafiz 75-80-76, Muhd Izzul Irfan 81-72-78

234 Ammer Aiman Mohd Fauzi 77-80-77

PEREMPUAN

220 Isabella Yan (China) 78-72-7-, Wan Xin Yao 71-75-74

228 Nur Batrisyia Balqis 79-76-73, Tan Ying Ying 77-74-77 Amanda Gan (AUS) 76-75-77

230 Kelly Low 79-74-77

233 Alya Afza 80-74-79, Vanessa Chong 76-77-80

235 Aarthi Ganesan 78-73-84

241 Natali Jan Van Dort 81-78-82