Ular laut berenang sebelum 'berehat' di atas papan dayung di lautan

Seekor ular berenang ke arah papan dayung Brodie Moss di sebuah lautan di lokasi yang tidak didedahkan olehnya. - Foto sumber ybsbrodie/TikTok
Seekor ular berenang ke arah papan dayung Brodie Moss di sebuah lautan di lokasi yang tidak didedahkan olehnya. - Foto sumber ybsbrodie/TikTok
A
A
A

MELBOURNE - Seorang pembikin filem berjaya merakamkan video seekor ular yang sedang berenang di lautan cuba untuk menjalar di atas 'paddleboard' atau papan dayungnya baru-baru ini.

Pembikin filem Australia itu, Brodie Moss memuat naik video tersebut di aplikasi Tik Tok yang menunjukkan ular laut tersebut sedang berenang menuju ke papan dayungnya.

Ular tersebut kemudian 'berehat seketika' selepas ia berjaya sampai di atas papan dayung itu. Moss bagaimanapun tidak memaklumkan lokasi lautan kejadian itu.

Dalam video tersebut, kepala haiwan sepanjang dua meter itu seolah-olah berada pada papan dayung tersebut sebelum ia bergerak ke lautan tidak lama kemudian.

Pada kebiasaannya, ular laut cuba untuk tidak mendekati manusia tetapi kejadian kali ini ganjil kerana haiwan berkenaan seolah-olah tidak takut dengan lelaki berkenaan.

Ular laut yang hidup di Lautan Hindi dan Pasifik akan naik ke permukaan untuk bernafas.

Menurut portal Live Science, ular laut jantan kadangkala tersilap sangka apabila manusia dianggap sebagai ular betina kerana mengalami masalah mata yang kurang jelas. - Agensi

Artikel Berkaitan: