Parkir percuma dilanjut hingga 30 September: DBKL

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pengecualian bayaran tempat letak kereta atau parkir di bawah seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dilanjutkan sehingga 30 September.

Unit Media DBKL dalam satu kenyataan berkata, inisiatif itu mula dilaksanakan pada 2 Julai dan sepatutnya berakhir 31 Ogos lalu.

Menurut kenyataan itu, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh pengecualian bayaran tempat letak kereta tersebut.

"Pengecualian ini melibatkan sejumlah 61,000 petak tempat letak kereta di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

"DBKL berharap dengan lanjutan insentif ini akan dapat membantu mengurangkan sedikit bebanan yang dihadapi oleh warga kota," menurut kenyataan itu pada Rabu.

Kemudahan tersebut diperkenal bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa sebagai membantu rakyat menjimatkan kos dan wang itu boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan keluarga ketika Covid-19.

Artikel Berkaitan: