Malaysia perlu bebas politik narsisme

Aiman Athirah
Aiman Athirah
A
A
A

SHAH ALAM - Malaysia perlu merdeka daripada fahaman politik narsisme yang sentiasa menimbulkan prejudis kaum dan agama dalam masyarakat majmuk dalam negara.

Ketua Wanita Parti Amanah Negara (Amanah), Aiman Athirah Al Jundi berkata, persepsi merasakan hanya mereka pembela kepada Melayu dan Islam perlu dihapuskan.

Menurutnya, rakyat juga perlu merdeka daripada fahaman politik naungan khususnya elit-elit politik yang mengenepikan mandat rakyat hasil keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

"Mereka bergerak lebih rakus memandulkan institusi legislatif negara, menodai keluhuran perlembagaan, merosakkan demokrasi berparlimen, bahkan tidak menghormati institusi Raja Berperlembagaan."

"Tiada cara lain untuk kita memperbaiki wajah politik Malaysia yang hodoh ini selain membina semula masyarakat dan negara ini dengan meneruskan usaha menanamkan politik nilai, politik mendidik dan politik khidmat dalam kehidupan masyarakat," katanya Sempena Rapat Hari Kebangsaan Malaysia Ke-64 pada Rabu.

Jelasnya, wanita berperanan menggalas tanggungjawab melahirkan ummah yang berintegriti dan berakhlak terpuji serta saling mengasihani antara satu sama lain tanpa mengira perbezaan bangsa, bahasa dan warna kulit.

"Wanita perlu terus cekap berperanan menjadi ejen pencetus dan pengimbang mandiri sosial serta jati diri manusia bagi memastikan pembinaan generasi manusia yang leluhur dapat dijayakan tidak kiralah kita berdiri di posisi mana," katanya.

Artikel Berkaitan: