Perkhidmatan tanpa lengah, wujud peluang pekerjaan

Shahidan semasa mengadakan tinjauan di Putrajaya Steps yang dijangka siap 30 September ini, akan menjadikannya antara kawasan rekreasi dan pelancongan tumpuan di Putrajaya.
 -Foto Bernama
Shahidan semasa mengadakan tinjauan di Putrajaya Steps yang dijangka siap 30 September ini, akan menjadikannya antara kawasan rekreasi dan pelancongan tumpuan di Putrajaya.
 -Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim bertekad untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat tanpa berlengah dan mewujudkan peluang pekerjaan terutama kepada keluarga miskin dalam tempoh 100 hari beliau menyandang jawatan itu.

Beliau berkata, sesi libat urus akan diadakan dengan pelbagai pihak untuk menambah baik usaha dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat serta pembangunan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan bagi manfaat warga Wilayah Persekutuan.

"Contohnya memberi perkhidmatan terbaik dari segi vaksinasi melepasi 100 peratus dan memberi pertolongan kepada 16,000 warga termiskin serta mencari jalan mewujudkan peluang pekerjaan dalam bentuk perniagaan kecil," katanya.

Shahidan memberitahu, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan adalah bandaraya sejahtera dan sebarang pembangunan harus dimanfaatkan warganya selain mencerminkan imej kerajaan Malaysia serta menampilkan konsep 'Keluarga Malaysia' yang bertolak-ansur dan memberi manfaat menang-menang.

"Pendekatan saya ialah biar pembangunan tidak mengganggu keselesaan yang dinikmati rakyat sekarang. Perkhidmatan perlu diperbaiki secara berfasa asalkan hak keselesaan itu tidak hilang," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan lapangan di sekitar Putrajaya pada Selasa.

Shahidan yang melawat beberapa kawasan rekreasi di Putrajaya seperti Dataran Putra, Putrajaya Steps dan Taman Botani berkata, segala perancangan akan diteruskan untuk menjadikan pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan itu sebagai tarikan pelancongan.

Beliau berkata, Taman Botani akan diberi perhatian untuk mempelbagaikan tanaman khususnya bagi tujuan pendidikan termasuk herba dan spesies popular suatu ketika dahulu yang kini hampir pupus seperti asam gelugur dan buah asam.

Menurutnya, pengambilan pekerja asing untuk menjaga dan menguruskan taman awam juga perlu dilihat semula kerana orang tempatan boleh melakukan pekerjaan itu.

Artikel Berkaitan:

Shahidan diiringi Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) Datuk Muhammad Azmi Mohd Zain ketika melakukan lawatan di sekitar Putrajaya. - Bernama