LUAS siasat punca pencemaran bau

Sinar Harian pada Selasa melaporkan, sebanyak 323,623 akaun di lima wilayah di negeri ini mengalami gangguan bekalan air berikutan henti tugas Loji Rawatan Air Sungai Semenyih.
Sinar Harian pada Selasa melaporkan, sebanyak 323,623 akaun di lima wilayah di negeri ini mengalami gangguan bekalan air berikutan henti tugas Loji Rawatan Air Sungai Semenyih.
A
A
A

SHAH ALAM - Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) sedang menjalankan siasatan berkaitan pencemaran bau seakan solvent dikesan di Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir pada Selasa.

LUAS dalam kenyataannya memaklumkan, pihaknya telah menerima laporan daripada Air Selangor berkenaan pencemaran bau kira-kira jam 12 tengah hari.

"LUAS, Air Selangor dan pihak terlibat sedang menjalankan siasatan dan tindakan mitigasi segera.

Sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari masa ke masa," katanya menerusi status dimuat naik di Facebook rasmi LUAS pada Selasa.

Sinar Harian pada Selasa melaporkan, sebanyak 323,623 akaun di lima wilayah di negeri ini mengalami gangguan bekalan air berikutan henti tugas Loji Rawatan Air Sungai Semenyih akibat pencemaran bau yang dikesan di Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir.

Menerusi aplikasi Air Selangor memaklumkan, lima daerah terjejas itu ialah Petaling membabitkan sebanyak 160,946 akaun, Hulu Langat (29,377), Sepang (75, 869), Putrajaya (33,352) dan Kuala Langat (24,079).

ARTIKEL BERKAITAN:Gangguan bekalan air: 323,623 akaun pengguna terjejas

Artikel Berkaitan: