Gangguan bekalan air: 323,623 akaun pengguna terjejas

SHAH ALAM - Sebanyak 323,623 akaun di lima wilayah di Selangor mengalami gangguan bekalan air berikutan henti tugas Loji Rawatan Air Sungai Semenyih akibat pencemaran bau dikesan di Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir.
Menerusi aplikasi Air Selangor memaklumkan, lima daerah terjejas itu ialah Petaling membabitkan sebanyak 160,946 akaun, Hulu Langat (29,377), Sepang (75, 869), Putrajaya (33,352) dan Kuala Langat (24,079).
Menurut kenyataan itu, daripada jumlah tersebut sebanyak 463 kawasan di lima wilayah mengalami gangguan bekalan.
Kawasan terbabit membabitkan Petaling (172), Hulu Langat (54), Sepang (194), Putrajaya (23) dan Kuala Langat (20).