550 mangsa banjir di Yan terima bantuan bernilai RM228,000

Nurul Islam (kanan) menyempurnakan penyerahan sumbangan barangan keperluan asas kepada Zulkifli (kiri) sambil disaksikan ADUN Sungai Limau, Mohd Azam Abd Samat (tengah) di Pusat Pengumpulan Bantuan Banjir dan Bilik Gerakan Bencana Jerai, Masjid Al-Wustha Guar Cempedak pada Isnin.

A
A
A

YAN - Majlis Getah Malaysia (MRC) melalui Muslim Care Malaysia Society (MCMS) menyumbang bantuan bernilai sebanyak RM228,000 bagi membantu penduduk terjejas akibat banjir di Yan dan Kuala Muda.

Ketua Pegawai Eksekutif MRC, Nurul Islam Mohamed berkata, seramai 550 penduduk tempatan di sekitar kawasan Yan dan Gurun menerima sumbangan dalam misi bantuan kecemasan di bawah Program Bantuan Prihatin MRC ini.

Ujar Nurul Islam, setiap keluarga akan menerima satu set sumbangan makanan asas termasuk beras, gula, garam, tepung gandum, telur, minyak masak dan lain-lain bagi membantu meringankan beban mereka akibat kerosakan harta benda selepas banjir kilat melanda pada 18 Ogos lepas.

Sumbangan disampaikan Nurul Islam (dua kiri) kepada golongan pekebun kecil getah di Kampung Jawa, Yan.
Sumbangan disampaikan Nurul Islam (dua kiri) kepada golongan pekebun kecil getah di Kampung Jawa, Yan.

"Selain itu, mereka juga akan menerima barangan keperluan asas seperti set peralatan mandi atau pembersihan diri, toto dan kelengkapan ibadah berjumlah RM106,700 dengan setiap set bernilai RM194.

"Kita turut membekalkan dua keperluan tambahan lain seperti tong gas dan dapur gas bernilai RM121,000 buat keluarga yang memerlukan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau sebelum itu, menyempurnakan penyerahan sumbangan melalui pemberian replika cek berserta barangan keperluan asas kepada Presiden MCMS, Zulkifli Wahijan sambil disaksikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Limau, Mohd Azam Abd Samat di Pusat Pengumpulan Bantuan Banjir dan Bilik Gerakan Bencana Jerai, Masjid Al-Wustha Guar Cempedak pada Isnin.

Artikel Berkaitan:

Antara yang menerima sumbangan terdiri daripada golongan pekebun kecil getah di Kampung Jawa, Yan.

Nurul Islam berkata, MRC akan terus komited dalam memberikan bantuan kepada masyarakat yang terkesan berikutan akibat tragedi banjir dan kepala air di Yan melalui Bantuan Prihatin MRC. Program ini ujar beliau, adalah salah satu inisiatif di bawah program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Nurul Islam meninjau kawasan penduduk terjejas akibat banjir di Yan pada Isnin.
Nurul Islam meninjau kawasan penduduk terjejas akibat banjir di Yan pada Isnin.