Petugas PPV Mega MidValley Southkey berzapin, zahir semangat kemerdekaan

Petugas PPV MidValley Southkey Johor Bahru berzapin sebagai tanda menzahir semangat kemerdekaan.
Petugas PPV MidValley Southkey Johor Bahru berzapin sebagai tanda menzahir semangat kemerdekaan.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Petugas Pusat Pemberian Vaksin ( PPV) Mega MidValley Southkey di sini tidak ketinggalan menzahirkan semangat kemerdekaan dengan mempersembahkan nyanyian dan tarian zapin.

Tarian zapin yang popular di negeri Johor menjadi pilihan petugas di PPV berkenaan termasuk sukarelawan Malaysia Vaccine Support Volunteers (MyVac) yang mengenakan busana tradisonal.

Seramai kira-kira 100 petugas terbabit tidak ketinggalan menyanyikan lagu Negaraku, Bangsa Johor dan Tanggal 31.

Menurut Penyelaras PPV Mid Valley Southkey, (HCO) Haliza Khalid, petugas yang menarikan tarian zapin mahu memberikan kejutan dan penghargaan kepada penerima vaksin sempena hari kemerdekaan.

“Petugas di PPV di sini tidak mahu ketinggalan menzahirkan rasa patriotik sempena sambutan Hari Kebangsaan.

“Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya berusaha menyemarakkan sambutan kemerdekaan walaupun sedang mendepani Covid-19.

"Perjuangan kami di PPV ini ialah memastikan seberapa ramai individu menerima vaksin supaya dapat mencapai sasaran komuniti berkelompok yang ditetapkan,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.

PPV MidValley dikendalikan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) negeri dengan kerjasama Pengurusan MidValley dan tujuh hospital Pakar KPJ, iaitu KPJ Puteri, KPJ Johor, KPJ Bandar Dato Onn, KPJ Pasir Gudang, KPJ Batu Pahat, KPJ Kluang dan KPJ Maharani.

Artikel Berkaitan: