Penghuni pangsapuri bersaing hias blok kediaman

Pemandangan dari atas Blok E menunjukkan susunan tempurung kelapa yang membentuk tulisan '64' sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia.
Pemandangan dari atas Blok E menunjukkan susunan tempurung kelapa yang membentuk tulisan '64' sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia.
A
A
A

PELABUHAN KLANG - Penghuni Pangsapuri Bestari Seri Perantau di sini bersaing dalam pertandingan menghias blok kediaman sempena Hari Kemerdekaan pada Selasa.

Pengerusi Penyelaras Program tersebut, Saharudin Omar berkata, pertandingan berkenaan diadakan kali pertama untuk menyemarakkan semangat patriotik ketika musim Covid-19.

Menurutnya, penghuni mula menghias 12 blok kediaman mereka sejak pertengahan Ogos dan penilaian akan dibuat pada pagi Selasa.

Jalur Gemilang sebesar 334.34 meter persegi digantung pada blok D Pangsapuri Bestari Seri Perantau, di sini pada Isnin.
Jalur Gemilang sebesar 334.34 meter persegi digantung pada blok D Pangsapuri Bestari Seri Perantau, di sini pada Isnin.

Saharudin berkata, pertandingan tersebut juga bertujuan memupuk semangat kerjasama antara penghuni berbilang kaum di kediaman itu.

“Kira-kira 1,700 unit pangsapuri di sini dihuni pelbagai kaum. Pemuda Seri Perantau mengambil peluang menyemarakkan semangat patriotik ketika ketika negara dilanda Covid-19,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

SAHARUDIN
SAHARUDIN

Dalam pada itu, Saharudin memberitahu, penghuni pangsapuri masih berusaha menghias blok kediaman mereka mengikut kreativiti.

Artikel Berkaitan:

Ujarnya, pemenang blok tercantik akan memenangi wang tunai sejumlah RM1,000, sijil dan piala pusingan.

Selain blok kediaman penduduk turut meletakkan Jalur Gemilang pada kereta mereka.
Selain blok kediaman penduduk turut meletakkan Jalur Gemilang pada kereta mereka.



Penghuni pangsapuri mewarnakan tempurung kelapa yang digunakan sebagai sebahagian hiasan di blok kediaman mereka.
Penghuni pangsapuri mewarnakan tempurung kelapa yang digunakan sebagai sebahagian hiasan di blok kediaman mereka.

Saharudin turut berkongsi antara tema yang menjadi pilihan penghuni ialah konsep suasana peperangan dan penggunaan bahan terpakai seperti tempurung kelapa

“Kami menjemput wakil daripada Majlis Perbandaran Klang (MPK), wakil polis dan wakil Pemuda Seri Perantau untuk mengadili pertandingan ini,” katanya.