Polis nafi pengunjung pusat beli-belah langgar SOP

Abd Khalid
Abd Khalid
A
A
A

SUBANG JAYA - Polis menafikan dakwaan pemilik akaun Twitter berhubung isu orang ramai yang didakwa membawa kanak-kanak masuk ke dalam sebuah pusat beli belah di sini dengan tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP).

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, pihaknya mendapati tiada pelanggaran SOP berlaku ketika pemantauan di pusat beli-belah itu pada jam 10 pagi hingga 7.15 petang Ahad.

"SOP dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara pada Rabu, Pelan Pemulihan Negara SOP Fasa Satu, ibu bapa atau penjaga yang telah lengkap menerima vaksin adalah dibenarkan membawa kanak-kanak berusia bawah 17 tahun ke premis yang dibenarkan beroperasi dengan mematuhi protokol kesihatan umum," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Abd Khalid turut menasihati orang ramai supaya tidak membuat atau menyebarkan maklumat tanpa usul periksa.

Pada Sabtu, tular dakwaan pemilik akaun Twitter berhubung pengabaian kawalan SOP oleh pihak pengurusan pusat beli-belah itu.

Pemilik akaun Twitter itu mendakwa orang ramai yang membawa kanak-kanak datang ke pusat beli-belah tersebut tidak mematuhi SOP dan berharap pihak berkuasa membuat 'spotcheck' pada hujung minggu.

Artikel Berkaitan: