Covid-19: New Zealand catat 83 kes baharu

Sebanyak 83 kes jangkitan komuniti baharu Covid-19 direkodkan di New Zealand dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kumulatif di negara itu setakat ini, 551 kes.
Sebanyak 83 kes jangkitan komuniti baharu Covid-19 direkodkan di New Zealand dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kumulatif di negara itu setakat ini, 551 kes.
A
A
A

NEW ZEALAND - Sebanyak 83 kes jangkitan komuniti baharu Covid-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kumulatif di negara itu setakat ini, 551 kes.

Daripada jumlah itu, kata Ketua Pengarah Kesihatan New Zealand Dr Ashley Bloomfield pada Ahad, 496 dicatatkan di Auckland dan selebihnya 15, di ibu negara, Wellington.

Pada Sabtu, lebih daripada 23,000 ujian saringan dijalankan dan hampir 78,000 dos vaksin Covid-19 diberikan.

New Zealand mencatatkan 26 kematian akibat Covid-19 setakat ini.

Data Johns Hopkins University menunjukkan, kurang 22 peratus populasi New Zealand telah divaksinasi sepenuhnya. - Awani

Artikel Berkaitan: