Diskaun kompaun: JPJ Kelantan kutip RM75,273 dalam masa 10 hari

Mohd Amar (tengah) menunjukkan salinan Kad Perakuan Kenderaan (VOC) beliau yang diperoleh dalam tempoh singkat menerusi penggunakan sistem di kios Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan di Panji, Kota Bharu pada Ahad.
Mohd Amar (tengah) menunjukkan salinan Kad Perakuan Kenderaan (VOC) beliau yang diperoleh dalam tempoh singkat menerusi penggunakan sistem di kios Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan di Panji, Kota Bharu pada Ahad.
A
A
A

KOTA BHARU - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan mengutip RM75,273 hasil daripada bayaran kompaun dalam tempoh 10 hari tawaran diskaun sebanyak 70 peratus bermula 17 Ogos hingga 26 Ogos lalu.

Pengarah JPJ Kelantan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, pembayaran kompaun dengan diskaun berkenaan masih dibuka kepada orang awam di seluruh negara sehingga 16 September ini.

Katanya, pengguna boleh mengambil peluang membayar kompaun dengan diskaun bagi semua kesalahan seperti yang disenaraikan mengikut Kaedah-kaedah Pengangkutan Jalan (Pengkompaunan Kesalahan) 2003.

“Diskaun ini ditawarkan kepada semua kompaun kecuali kes-kes yang didaftarkan di mahkamah termasuk yang berstatus waran tangkap.

“Tawaran juga diberikan kepada pemilik kenderaan warga negara asing kecuali kes yang sudah dirujuk okeh JPJ kepada pihak berkuasa lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan akhbar pada Ahad.

Beliau sebelum itu menerima kunjungan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang menggunakan perkhidmatan kios layan diri di JPJ Panji di sini bagi membuat salinan Kad Perakuan Kenderaan (VOC) milik Timbalan Menteri itu sendiri.

Mohd Amar menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh JPJ Kelantan di Panji, Kota Bharu sambil diperhatikan Hanif Yusabra.
Mohd Amar menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh JPJ Kelantan di Panji, Kota Bharu sambil diperhatikan Hanif Yusabra.

Ujar beliau, pihaknya menerima maklum balas positif daripada Mohd Amar yang amat berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak JPJ.

Artikel Berkaitan:

“Proses VOC atau urusan-urusan lain yang berkaitan tidak mengambil masa yang lama.

“Beliau juga turut meninjau keadaan semasa perjalanan operasi kaunter di JPJ negeri Kelantan yang lancar sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan JPJ Kelantan menyasarkan kutipan RM600,000 jumlah bayaran saman yang boleh dikompaun melalui inisiatif pengurangan 70 peratus sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-64 sehingga 16 September ini.