X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 29 Jun 2022

Covid-19: RM45,000 bantuan kepada 90 petani, nelayan, penternak

Azman (dua dari kiri) menyampaikan lesen sampan kepada seorang nelayan secara pandu lalu di Pengkalan Merchang, Marang pada Ahad.
A
A

MARANG - Kerajaan negeri Terengganu menyalurkan bantuan berjumlah RM45,000 kepada 90 nelayan, petani dan penternak yang disahkan positif Covid-19 sejak Mac tahun lepas hingga Jun lalu.

Exco Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri Terengganu, Dr Azman Ibrahim berkata, setakat ini seramai 80 orang di Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Marang telah menerima bantuan tersebut.

"Sumbangan one off sebanyak RM500 seorang ini diserahkan secara berperingkat sebagai keprihatinan kerajaan negeri kepada mereka yang terjejas pendapatan akibat dijangkiti Covid-19.

"Bagi daerah Dungun dan Hulu Terengganu, bantuan ini akan disampaikan dalam masa terdekat," katanya selepas Penyerahan Lesen Sampan Nelayan, Bantuan Touch Point (Peralatan Menangkap Ikan), Kerja-kerja Melabuh Unjam, Bantuan One Off Covid-19 Sektor Pertanian dan Bakul Makanan MAFI Sempena Tahun Pertanian Negeri Terengganu 2021 di Pengkalan Merchang, di sini pada Ahad.

Pada majlis itu, seramai 42 nelayan di Marang hadir menerima bantuan diadakan secara pandu lalu.

Menurut Azman, jumlah penerima bantuan petani, penternak dan nelayan dijangkiti Covid-19 itu berdasarkan bancian dibuat melalui Jabatan Pertanian Negeri, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Perikanan Negeri, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) pada Jun lalu.

"Jumlah ini tidak statik, ada kemungkinan akan bertambah mengikut perkembangan situasi semasa dan petani dalam bidang pertanian merupakan yang paling ramai positif Covid-19," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai rungutan pengusaha keropok keping di Terengganu tentang masalah kekurangan bekalan isi ikan yang berlaku ketika ini, Azman berkata, pihaknya akan menyiasat perkara tersebut.

Katanya, difahamkan masalah itu melibatkan semua daerah yang aktif dalam industri pembuatan keropok kecuali Hulu Terengganu.

"Memang kita ada terima rungutan ini, kita akan tengok isu ini secara menyeluruh bersama Jabatan Perikanan untuk tahu di mana punca dan masalah hingga bekalan tidak sampai.

"Sebab biasanya stok isi ikan ini dibawa dari negeri lain dan bukan di Terengganu. Kebanyakan ikan di sini dijual dalam bentuk ikan segar dan bukan dibuat palet," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!