PRN Melaka: Pengundi dakwa nama dipotong walaupun belum mengundi

Rahayu (dua dari kiri) sewaktu meninjau salah satu pusat mengundi di DUN Merlimau.
Rahayu (dua dari kiri) sewaktu meninjau salah satu pusat mengundi di DUN Merlimau.
A
A
A

JASIN – Seorang pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau mendakwa namanya telah dipotong daripada senarai pemilih selepas dimaklumkan bahawa dia sudah menunaikan tanggungjawab mengundi, sedangkan dia belum berbuat demikian.

Calon Pakatan Harapan (PH) DUN Merlimau, Rahayu Hamzah berkata, perkara itu dimaklumkan kepadanya ketika beliau meninjau proses pengundian di Sekolah Kebangsaan Merlimau 2 pada Sabtu.

Menurutnya, pengundi terbabit telah dinasihatkan supaya membuat laporan polis bagi membolehkan perkara itu disiasat pihak berkuasa.

ARTIKEL BERKAITAN: PRN Melaka: 240 pusat mengundi dibuka serentak jam 8 pagi

PRN Melaka: Warga emas tidak lena tidur teruja mahu raikan pesta demokrasi

PRN Melaka: Selesai mengundi, Ab Rauf ingatkan pengundi jangan tunggu petang

PRN Melaka: Selepas 14 tahun, empat beranak asal Kelantan pertama kali undi di Melaka

PRN Melaka: Diserang strok ketika memandu, Syamsinar tetap gigih mengundi

PRN Melaka: Bergegas mengundi, apron berniaga pun tak sempat ditanggalkan

Artikel Berkaitan:

"Saya harap mana-mana pengundi yang berdepan masalah sama supaya tidak takut membuat laporan polis," katanya menerusi hantaran video di Facebook.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jasin, Superintenden Lee Robert mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

Menurutnya, pengadu merupakan seorang lelaki berbangsa India dan membuat laporan selepas mendapati namanya telah dipotong kerana dikatakan sudah mengundi.

Bagaimanapun, pengadu memaklumkan jarinya masih belum dicelup dakwat sebagai tanda telah mengundi.

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!