JDT dermakan wang kemenangan Liga Super kepada frontliners

Pemain JDT meraikan kejayaan muncul juara Liga Super kali kelapan berturut-turut. -Foto: Johor Southern Tigers
Pemain JDT meraikan kejayaan muncul juara Liga Super kali kelapan berturut-turut. -Foto: Johor Southern Tigers
A
A
A

JUARA Liga Super 2021, Johor Darul Johor Darul Ta'zim (JDT), bakal mendermakan hadiah wang kemenangan Liga Super musim ini kepada kesemua petugas barisan hadapan (frontliners).

Menurut laman facebook rasmi Harimau Selatan itu, Johor Southern Tigers (JST), pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, menegaskan agar kesemua wang kemenangan berkenaan didedikasikan kepada semua petugas barisan hadapan hati ketika penularan wabak Covid-19, melanda negara.

Malah Tunku Ismail juga meminta agar hadiah wang kemenangan berkenaan didermakan ke tabung untuk keluarga-keluarga petugas barisan hadapan yang telah bertungkus lumus bekerja dengan sepenuh hati sejak lebih setahun lalu.

“JDT mendedikasikan gelaran Liga Super Malaysia kelapan kami kepada semua barisan hadapan yang berusaha keras sepanjang wabak Covid-19 ini.

"Tunku Mahkota Johor (Tunku Ismail) juga memutuskan agar JDT menyumbangkan wang hadiah liga kepada dana untuk keluarga barisan hadapan," menurut laman JST lagi.

Pada Jumaat, JDT mengesahkan kejuaran Liga Super buat kali kelapan berturut-turut sejak musim 2014 lagi setelah menewaskan Sri Pahang FC 3-0 di Stadium Sultan Ibrahim.

Biarpun masih berbaki dua perlawanan, namun JDT mengesahkan trofi Liga Super terus kekal bersama skuad Harimau Selatan itu apabila mengumpul 51 mata hasil 16 kemenangan, seri tiga kali dan tewas sekali daripada 20 perlawanan setakat ini.

Selaku juara Liga Super, JDT ber kemungkinan JDT bakal meraih hampir RM500,000 seperti musim sebelumnya; namun jumlah berkenaan tidak tetap di mana ia bergantung kepada jumlah sebenar tajaan yang diraih setiap musim.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu difahamkian, pemberian derma ini bukanlah yang pertama buat skuad Harimau Selatan itu, malah kelab berkenaan meruipakan antara kelab dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) yang kerap menyumbang bantuan samada dalam bentuk wang tunai mahu pun barangan keperluan.

Untuk rekod, JDT pernah menyumbangkan semua wang kemenangan yang diperoleh sejak 2013 melibatkan hadiah wang kejuaraan Liga Super dan wang ganjaran daripada Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dalam saingan Liga Juara-Juara (ACL) dan Piala AFC, kepada Yayasan JDT.

Yayasan berkenaan kemudiannya menyalurkan sumbangan itu kepada mereka yang kurang bernasib baik dan memerlukan.