GRO Vietnam jadi teman minum, berhibur

Ops Noda menggempur sebuah pusat hiburan di Jalan Perak dan menahan 31 GRO warga Vietnam.
Ops Noda menggempur sebuah pusat hiburan di Jalan Perak dan menahan 31 GRO warga Vietnam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Berpenampilan ghairah untuk menggoda pelanggan minum dan berhibur menjadikan gadis pelayan pelanggan (GRO) warga Vietnam menjadi pilihan sebagai peneman.

Itu kegiatan 'menarik' yang disediakan di sebuah pusat hiburan di Jalan Perak, di sini, dan berjaya digempur sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur menerusi Ops Noda, tengah malam tadi.

Pegawai Turus D7 Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Rohazah Alwi berkata, operasi kira-kira jam 12.30 tengah malam yang diketuai pegawainya Asisten Superintendan Ridhuan Abdul Razak mendapati premis terbabit disyaki menggajikan wanita warga asing sebagai GRO.

"Seramai 31 GRO warga Vietnam berusia lingkungan 20 hingga 30-an telah ditahan.

"Ketika serbuan, ada antara mereka ini cuba meloloskan diri melalui laluan sembunyi, namun tindakan itu gagal," katanya kepada Sinar Harian.

Rohazah berkata, turut ditahan seorang lelaki tempatan merupakan pengurus premis selain rampasan beberapa barang antaranya mikrofon, resit perniagaan serta wang tunai.

Tambahnya, selain itu, seramai 69 lelaki dan 15 wanita merupakan pengunjung premis turut diperiksa.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut, siasatan mendapati, premis yang tidak berlesen ini telah beroperasi sejak dua tahun lepas ini dan pernah diserbu pada Disember tahun lalu.

"Polis percaya GRO ini mendapat tip sebanyak RM50 sehingga RM100 bagi setiap seorang pelanggan yang dilayannya dan mampu mengaut tip lumayan sehingga kira-kira RM500 sehari," katanya.

Kes disiasat mengikut Akta Hiburan Wilayah Persekutuan 2003 dan Akta Imigresen 1959.