Maritim rampas 41 set bubu naga di perairan Tanjung Piandang

Bubu naga yang dirampas APMM Zon Maritim Kuala Kurau pada jarak kira-kira 1.7 batu nautika barat daya Tanjung Piandang, pada Jumaat. - Foto APMM Kuala Kurau
Bubu naga yang dirampas APMM Zon Maritim Kuala Kurau pada jarak kira-kira 1.7 batu nautika barat daya Tanjung Piandang, pada Jumaat. - Foto APMM Kuala Kurau
A
A
A

KUALA KURAU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Zon Maritim Kuala Kurau merampas 41 set bubu naga pada jarak kira-kira 1.7 batu nautika barat daya Tanjung Piandang, di sini pada Jumaat.

Pengarahnya, Komander Maritim Mohd Sharena Ghazali berkata, rampasan tersebut ketika bot Benteng 3 sedang melakukan rondaan runtin di kawasan tersebut selepas mendapat aduan daripada orang awam.

Menurutnya, berdasarkan pemeriksaan di lokasi mendapati beberapa pelampung berada di permukaan air yang disyaki penanda bubu naga tersebut.

"Kesemua set bubu naga dirampas itu dianggarkan bernilai RM4,920 dan dibawa ke Jeti Maritim Kuala Kurau untuk tindakan lanjut.

"Menggunakan bubu naga sebagai peralatan menangkap hasil laut merupakan satu kesalahan yang boleh disiasat di bawah Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan kerana menggunakan kaedah yang tidak dibenarkan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

41 bubu naga yang dirampas APMM Zon Maritim Kuala Kurau pada jarak kira-kira 1.7 batu nautika barat daya Tanjung Piandang, pada Jumaat. - Foto APMM Kuala Kurau
41 bubu naga yang dirampas APMM Zon Maritim Kuala Kurau pada jarak kira-kira 1.7 batu nautika barat daya Tanjung Piandang, pada Jumaat. - Foto APMM Kuala Kurau

Sementara itu, Mohd Sharenliza berkata, sejak awal Ogos lalu sebanyak 35 set bubu naga telah dirampas di perairan Tanjung Piandang, Pulau Terung dan Kuala Terung di Perak.

Menurutnya, dengan rampasan terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan rampasan setakat ini sebanyak 76 set bubu naga dengan anggaran nilai rampasan RM9,120.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Mohd Sharenliza memaklumkan, orang awam boleh melaporkan sebarang salah laku jenayah dan kecemasan yang berlaku di laut kepada Maritim menerusi talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kurau di talian 05-7279919.