X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 17 Mei 2022

Menteri, timbalan menteri dari Sabah akan terus jalankan tugas

Jonathan Yasin (kiri) dan Ronald Kiandee (kanan)
A
A

KOTA KINABALU - Menteri dan timbalan menteri dari Sabah yang dikekalkan dalam jawatan sebelum ini akan meneruskan tugas di kementerian masing-masing.

Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Jonathan Yassin melahirkan rasa terima kasih di atas kepercayaan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk beliau meneruskan tugasnya di Kementerian Dalam Negeri (KDN).

"Saya bersyukur kerana masih berganding bahu dengan Menteri KDN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang berpengalaman dan bekerja kuat dalam menjalankan tugas di kementerian.

"Tidak lupa Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri I yang aktif menggalas tanggungjawab diberikan KDN," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ranau berkata, tugas untuk menjaga keselamatan rakyat dan negara amat penting serta memerlukan perhatian bagi membolehkan amanah itu dilaksanakan dengan baik.

Sementara itu, Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee menyifatkan pelantikan itu adalah amanat yang besar baginya.

"Namun dengan sokongan dan kerjasama jabatan serta agensi-agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), saya akan menggalas tanggungjawab ini dan melakukan yang terbaik untuk memastikan jaminan sekuriti makanan negara, kelangsungan rantaian bekalan makanan dan industri agromakanan serta memelihara kebajikan warga tani keseluruhannya demi #Keluarga Malaysia," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!