Zionis tutup restoran Palestin di Baitulmaqdis Timur

Restoran Palestin di Jalan Salah Al-Din di Baitulmaqdis Timur diarah tutup kerana mengambil penduduk dari Tebing Barat sebagai pekerja.
Restoran Palestin di Jalan Salah Al-Din di Baitulmaqdis Timur diarah tutup kerana mengambil penduduk dari Tebing Barat sebagai pekerja.
A
A
A

BAITULMAQDIS - PALESTIN. Pihak berkuasa Israel semalam menutup sebuah restoran Palestin di Jalan Salah Al-Din di Baitulmaqdis Timur kerana mengambil penduduk dari Tebing Barat sebagai pekerja.

Sumber tempatan memberitahu, restoran itu diarah menghentikan operasi selama 10 hari.

Difahamkan, pekerja dari Tebing Barat terbabit tidak mendapat permit Israel untuk masuk ke Baitulmaqdis.

Pemilik restoran, Rashdi Ishti telah dipanggil untuk memberi keterangan.

Ishti berkata, Israel tidak mengeluarkan sebarang notis dan hanya dimaklumkan supaya menutup perniagaannya ketika serbuan dijalankan di restoran terbabit.

Di bawah peraturan rejim Zionis, penduduk Palestin di Tebing Barat tidak dibenarkan masuk ke Baitulmaqdis tanpa permit.

Situasi itu meningkatkan risiko ditembak ketika cuba memasuki wilayah yang diduduki semata-mata mahu bekerja demi menyara keluarga. - Agensi

Artikel Berkaitan: