'Gadis Doraemon' terima vaksin ceriakan petugas, orang ramai

Siti Nor Shahira memakai maskot kartun animasi Doraemon ketika menerima suntikan vaksin Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). - Foto Bernama
Siti Nor Shahira memakai maskot kartun animasi Doraemon ketika menerima suntikan vaksin Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). - Foto Bernama
A
A
A

KUALA NERUS - Kemunculan seorang gadis yang memakai maskot watak animasi ‘Doraemon’ mencuri perhatian orang ramai di pusat pemberian vaksin (PPV) Integrasi Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), di sini.

Siti Nor Shahira Mohd Dhali, 21, berkata, beliau datang ke PPV itu sebagai ‘Doraemon' kerana mahu menceriakan petugas barisan hadapan serta penerima vaksin yang lain.

"Seronok sangat melihat mereka tersenyum gembira dapat merakam foto dan video kenangan bersama Doraemon. Ada juga usikan nakal yang meminta saya mempercepatkan giliran mereka menggunakan 'terowong masa' melalui 'poket ajaib' Doraemon.

"Namun saya tidak ambil hati, sudah biasa menerima gurauan begitu kerana sering tampil menjadi Doraemon bagi membantu perniagaan abang saya yang menawarkan perkhidmatan surprise delivery di sekitar Terengganu sebelum ini," katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Proses suntikan vaksinnya juga berjalan lancar kerana pakaian maskot Doraemon itu mempunyai zip yang mudah dibuka tanpa menyukarkan jururawat yang bertugas.

Ujar Siti Nor Shahira, penampilan sebagai Doraemon di PPV itu juga membawa tuah kerana ada yang berminat mahu menggunakan khidmatnya untuk tempahan penghantaran kejutan pada hari istimewa seperti ulang tahun kelahiran dan majlis perkahwinan pada masa akan datang. -Bernama

Artikel Berkaitan: