Kenduri makan durian pun ramai-ramai guna Google Meet

Rasanya yang berlemak manis serta pahit dengan warna kekuningannya menjadi perhatian para penggemar durian Chok Villa.
Rasanya yang berlemak manis serta pahit dengan warna kekuningannya menjadi perhatian para penggemar durian Chok Villa.
A
A
A

HARI ini Merak Jalanan tak mahu berkisah tentang politik. Rasanya seminggu dua ini semak perut Merak Jalanan dengan cerita politik pi mai pi mai tang tu.

Hari ini, Merak Jalanan nak berkongsi cerita dan melihat bagaimana Covid-19 mengubah serta memaksa kita lebih kreatif dalam berkomunikasi.

Terima kasih kepada dunia digital hari ini kerana kita masih boleh kekal berhubung untuk bekerja dan hidup berkomuniti walaupun tidak bersemuka.

Sebelum ini Merak Jalanan dan rasanya ramai lagi antara kita tidak pernah pun mendengar tentang Zoom, Google Meet mahu pun Microsoft Teams. Tapi sejak penangan Covid-19, perkhidmatan komunikasi video secara langsung itu tiba-tiba jadi popular.

Walaupun mulanya 'merangkak’ jugalah hendak menggunakannya, apatah lagi Merak Jalanan bukanlah daripada generasi Z, tapi hari ini hampir semua mesyuarat berkaitan kerja menggunakan kemudahan komunikasi itu.

Menariknya, penggunaan Zoom, Google Meet dan Microsoft Teams nampaknya turut berasimilasi dalam kehidupan masyarakat. Bukan sesuatu yang janggal lagi apabila kita menyertai majlis tahlil dan bacaan Yasin secara online.

Malah uniknya, Merak Jalanan terkejut ada syarikat kreatif dalam mengeratkan silaturahim sesama kakitangan selepas hampir setengah tahun tidak berjumpa. Ada syarikat mengadakan majlis berbuka puasa beramai-ramai secara online. Baru-baru ini ada juga syarikat mengadakan program 'kendurian’ atau makan durian menerusi Google Meet.

Menurut kawan Merak Jalanan, bosnya yang 'baik hati’ menghantar satu bekas durian kepada semua 50 kakitangan di rumah masing-masing. Mereka kemudian menetapkan satu masa untuk makan durian beramai-ramai depan laptop atau komputer.

Artikel Berkaitan:

Itulah penangan Zoom, Google Meet dan Microsoft Teams dalam kehidupan kita hari ini.