X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 03 Julai 2022

Sidang DUN Kelantan rakam tahniah kepada Ismail Sabri

Sidang DUN Kelantan.
A
A

KOTA BHARU - [DIKEMAS KINI] Persidangan Penggal ke-4 Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan kali ke-14 merakam ucapan tahniah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di atas pelantikan beliau mengemudi negara bermula 21 Ogos lalu.

Ucapan tahniah berkenaan diumumkan Speaker DUN, Datuk Abdullah Ya'kub selepas bacaan doa pembukaan persidangan tersebut di Kompleks Kota Darulnaim pada Isnin.

Menurutnya, besar harapan rakyat untuk melihat negara dipacu ke arah yang lebih baik bagi mendepani cabaran semasa politik dan ekonomi selepas ini.

Sementara itu, persidangan yang sama turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga ADUN Melor, Dr Md Yusnan Yusof yang meninggal dunia pada April lalu.

Selain itu, ucapan takziah juga diberikan kepada keluarga ADUN Kemuning, Mohd Roseli Ismail diatas pulangnya kerahmatullah salah seorang ahli keluarganya pada Isnin.

Persidangan DUN Kelantan yang dihadiri 44 ADUN itu diadakan secara bersemuka dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Setiap hadirin perlu mengisi kedatangan menggunakan QR Code yang disediakan, mengenakan pelitup muka yang bersesuaian dan menjaga penjarakkan sosial sebagaimana yang telah ditetapkan.

Abdullah juga turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang melakukan ujian calitan Covid-19 kepada semua kakitangan, pegawai dan mereka yang terlibat dalam persidangan kali ini.

Pembukaan persidangan tersebut dilakukan dalam tempoh setengah jam iaitu bermula jam 9 pagi sehingga 9.30 pagi dan Speaker Dewan memaklumkan persidangan disambung semula pada Selasa.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!