Penyewa dari neraka lari tinggalkan sampah, najis

Keadaan rumah Ian Twigg ibarat tongkang pecah selepas penyewanya melarikan diri.
Keadaan rumah Ian Twigg ibarat tongkang pecah selepas penyewanya melarikan diri.
A
A
A

LONDON - Seorang pemilik rumah di pekan kecil Staffordshire, England tergamam apabila mendapati rumahnya berubah 360 darjah selepas disewakan kepada penyewa dari 'neraka'.

Ian Twigg berkata, keadaan rumahnya di Hebburn, South Tyneside ibarat tongkang pecah dan dia terpaksa menggunakan khidmat pencuci profesional bagi melakukan kerja-kerja pembersihan.

Tambah Twigg, penyewa yang telah melarikan diri dan tidak membayar sewa tertunggak selama enam bulan itu bukan sahaja melonggokkan sampah di segenap ruang rumah, malah turut kencing di merata tempat termasuk di atas permaidani dan belakang kabinet televisyen.

Bukan itu sahaja, lebih menjijikkan tisu tandas yang dipenuhi najis turut dibuang merata-rata.

“Mereka nampaknya menggunakan satu bilik tidur secara eksklusif sebagai tong sampah dan kencing serta berak sesuka hati di tempat yang bukan sepatutnya,” ujarnya yang kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab dan pengotor penyewa terbabit.

Bapa kepada tiga anak itu memberitahu, kerja-kerja pembersihan mengambil masa selama berjam-jam.

“Bayangkan, kami membawa keluar 60 beg sampah dari satu bilik tidur!

“Biar pun tiada kerosakan besar tapi saya tetap mengalami kerugian besar.

Artikel Berkaitan:

“Sungguh tidak adil kerana selama ini saya menjadi tuan rumah yang amat bertimbang rasa,” katanya. - Agensi