Minta PM beri perhatian sosioekonomi bumiputera Pulau Pinang: PEMIKIR

Muhammad Farid Saad
Muhammad Farid Saad
A
A
A

GEORGETOWN - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diminta agar memberi perhatian serius terhadap sosioekonomi Bumiputera Pulau Pinang yang didakwa diabaikan oleh kerajaan DAP.

Pengerusi Pertubuhan Badan Pemikir Melayu Pulau Pinang (PEMIKIR), Datuk Dr Muhamad Farid Saad mendakwa, kerajaan negeri yang dipimpin DAP sejak 2008 itu telah mengabaikan kesejahteraan dan pembangunan bumiputera Pulau Pinang.

Menurutnya, projek yang dirangka oleh kerajaan negeri dilihat seolah-olah tidak mengambil kira kepentingan bumiputera.

"PEMIKIR ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon jasa baik Perdana Menteri agar memberi perhatian yang serius kepada kedudukan sosioekonomi Bumiputera Pulau Pinang.

"PEMIKIR berharap agar Perdana Menteri dapat mengarahkan agensi kerajaan Persekutuan untuk merangkakan pelan pembangunan yang komprehensif bagi memastikan kepentingan bumiputera Pulau Pinang terpelihara," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau turut meminta semua pihak menghormati keputusan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi membolehkan kerajaan meneruskan segala usaha dalam menangani pandemik Covid-19, memulihkan ekonomi dan memperkukuh perpaduan dalam negara.

"PEMIKIR mengucapkan tahniah kepada Ismail Sabri atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-9.

"Saya pecaya, beliau mempunyai pengalaman dan kebolehan untuk menerajui negara pada waktu yang amat mencabar ini," katanya.

Artikel Berkaitan: