[LAPORAN LANGSUNG] Ismail Sabri selesai mengangkat sumpah

Ismail Sabri membaca Surat Cara Pelantikan sebagai Perdana Menteri Kesembilan pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri di Istana Negara hari ini. -Foto Bernama
Ismail Sabri membaca Surat Cara Pelantikan sebagai Perdana Menteri Kesembilan pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri di Istana Negara hari ini. -Foto Bernama
A
A
A

[LAPORAN LANGSUNG] Rakyat Malaysia hari ini (Sabtu) bakal menyaksikan secara langsung upacara angkat sumpah Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan.

Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah itu dijadual pada 2.30 petang ini di Istana Negara.

Majlis berkenaan akan disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen tempatan.

Pada Jumaat, Yang di-Pertuan Agong berkenan melantik Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri Malaysia kesembilan.


Ikuti perkembangan menerusi laporan langsung kami:


3.35pm - Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meninggalkan Istana Negara selepas selesai mengangkat sumpah jawatannya hari ini.


2.40pm - Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong telah selesai.


2.28pm - Ismail Sabri mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri Malaysia Kesembilan di Istana Negara pada pukul 2.28 petang.

No Image Caption


2.25pm - Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan sedang berlangsung.


2.12pm - Ismail Sabri tiba di Istana Negara pada pukul 2.12 petang bagi istiadat angkat sumpah jawatan Perdana Menteri Malaysia Kesembilan


2.10pm - Perkembangan terkini di pintu utama Istana Negara


1.47pm - Kenderaan yang membawa Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meninggalkan kediamannya di Tropicana, Petaling Jaya menuju ke Istana Negara.


1.45pm - Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat tiba di Istana Negara bagi Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Perdana Menteri Kesembilan.


1.43pm - Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohammad Zuki Ali tiba di Istana Negara, bagi Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat serta Menandatangani Sumpah Jawatan Perdana Menteri Kesembilan.


12.35pm - Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa semua pihak memperbaiki semula sistem politik negara dengan mengangkat agenda perubahan.

Presidennya, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, ia bagi menghentikan sebarang bentuk penyalahgunaan kuasa serta pengkhianatan amalan demokrasi.

Artikel Penuh :


11.35am - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menafikan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu parti itu menolak semua jawatan dalam kabinet sebagai salah satu strategi dan persediaan bagi memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Rosol Wahid berkata, laporan berkenaan tidak betul.

Artikel Penuh :


11.17am - Tinjauan sekitar Dataran Merdeka, Kuala Lumpur berikutan perhimpunan #Lawan yang didakwa berlangsung hari ini.


11am - Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad mengingatkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang baru dilantik menjadi Perdana Menteri kesembilan supaya tidak mengulangi kesilapan dilakukan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru berkata, Muhyiddin melakukan beberapa kesilapan semasa menjadi memegang jawatan nombor satu negara itu.

Artikel Penuh :


10.30am - Perkembangan di kediaman Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.


10.20am - UMNO Kelantan berharap Perdana Menteri kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dapat menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan berintergriti.

Pengerusinya, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, rakyat seluruh negara berharap Ismail Sabri dapat menjalankan amanah itu sebaik mungkin demi menjaga kebajikan rakyat, agama, bangsa dan negara.

Artikel Penuh :


9.30am - Pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9 diharap menamatkan segala spekulasi yang timbul selama ini.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, beliau turut berharap pelantikan tampuk kepimpinan baharu itu dapat memberi fokus terhadap agenda menyelamatkan nyawa dan ekonomi rakyat.

Artikel Penuh :


7.30am - Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook meminta semua pihak berlapang dada dan menghormati pelantikan Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan.

Kata ahli Parlimen Seremban itu, titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, yang berkenan melantik ahli Parlimen Bera itu, selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan kerana beliau mendapat sokongan 114 ahli Dewan Rakyat.

Artikel Penuh :