Angkat agenda perubahan sistem politik: ABIM

Muhammad Faisal Abdul Aziz
Muhammad Faisal Abdul Aziz
A
A
A

SHAH ALAM – Semua pihak khususnya pemimpin politik digesa untuk memperbaiki semula sistem politik negara dengan mengangkat agenda perubahan sistem politik.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, ia bagi menghentikan sebarang bentuk penyalahgunaan kuasa serta pengkhianatan amalan demokrasi.

“ABIM menegaskan pergolakan politik berlaku yang bermula daripada siri pengkhianatan ke atas mandat rakyat pada tahun lalu telah memangsakan rakyat serta meletakkan bebanan ke atas bahu Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk menyelesaikannya sebaik mungkin.

“ABIM juga menjunjung titah Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada Disember lalu yang merujuk kepada krisis sama di negeri Perak sebagai cerminan kegagalan kepimpinan politik,” katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Muhammad Faisal berkata, lebih utama adalah mereka yang telah diamanahkan untuk menjadi pemimpin harus fokus untuk membantu rakyat menangani wabak Covid-19 secara terbuka dan bertanggungjawab serta melibatkan peranan semua pihak secara inklusif.

“Pesan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong perlu menjadi panduan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) iaitu ‘yang menang tidak menang semuanya, yang kalah tidak kalah semuanya'," ujarnya.

Artikel Berkaitan: