Mangsa banjir di Perak meningkat

Mangsa terjejas banjir di Lorong Kedah, Batu 8, Jalan Changkat Jong telah dipindahkan ke PPS Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib, Batu 4, Jalan Changkat Jong. - Foto ihsan Bomba Perak.
Mangsa terjejas banjir di Lorong Kedah, Batu 8, Jalan Changkat Jong telah dipindahkan ke PPS Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib, Batu 4, Jalan Changkat Jong. - Foto ihsan Bomba Perak.
A
A
A

IPOH - Jumlah keseluruhan mangsa terjejas akibat banjir di Perak meningkat kepada 136 orang setakat pada Jumaat berbanding 95 mangsa yang dilaporkan sebelum ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan dua pusat pemindahan sementara (PPS) baharu diaktifkan bagi menempatkan 28 mangsa di daerah Kerian serta Larut Matang dan Selama.

"Seramai 17 mangsa daripada lima keluarga dari Kampung Matang Tengah telah ditempatkan PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak yang dibuka pada jam 3.30 petang.

"Manakala PPS Dewan Orang Ramai Sungai Baru diaktifkan kira-kira jam 5 petang bagi menempatkan 11 mangsa dari Kampung Sungai Nyior, Padang Gajah," katanya.

Menurutnya, seramai 101 mangsa membabitkan 32 keluarga telah ditempatkan di SK Matang yang dibuka sejak Rabu lalu.

"Kawasan terjejas melibatkan Kampung Sungai Rentaka, Kampung Changkat Baru, Kampung Jebong Kiri dan Kampung Malawati.

"Sebuah lagi keluarga membabitkan tujuh mangsa masih ditempatkan di PPS Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib, Batu 4, Jalan Changkat Jong, Teluk Intan sejak Khamis," katanya.

Artikel Berkaitan: