Pelantikan Ismail Sabri sebagai PM secara bersyarat sah

Marzuki
Marzuki
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri sementara, Datuk Dr Marzuki Mohamad menyelar tindakan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa sokongan Perikatan Nasional (PN) kepada ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri secara bersyarat adalah tidak sah.

Menurut beliau, berdasarkan Perlembagaan Persekutuan Perkara 43(2)(a), tiada perkataan kepercayaan majoriti tanpa syarat terhadap pelantikan seorang Perdana Menteri.

"Saya cari dalam Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan perkataan unconditional confidence of the majority atau kepercayaan majoriti tanpa syarat.

"Saya tak jumpa perkataan unconditional. Yang saya jumpa hanyalah perkataan confidence of the majority atau kepercayaan majoriti.

"Jadi, janganlah kita suka-suka tambah perkara yang tiada dalam Perlembagaan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Dalam pada itu, jelas beliau, syarat sokongan ditetapkan PN terhadap Naib Presiden UMNO itu bukan perkara luar biasa khususnya membabitkan pelantikan anggota kabinet terdiri daripada individu yang berintegriti, amanah dan bebas daripada sebarang pertuduhan jenayah mahkamah.

Katanya, sebelum ini amalan sokongan bersyarat turut dilaksanakan ketika Pakatan Harapan (PH) mentadbir negara yang mana pelantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri ketujuh turut dibuat dengan syarat.

"Tun Mahathir dilantik sebagai Perdana Menteri ketujuh atas syarat dia melantik Datuk Seri Wan Azizah sebagai Timbalan Perdana Menteri dan kemudiannya menyerahkan jawatan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Artikel Berkaitan:

"Satu dunia tahu syarat ini yang ditandatangan on the dotted lines oleh semua Ketua Parti PH sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Tun Mahathir dilantik sebagai atas syarat ini dan pelantikannya adalah sah," katanya.