JAIS selesai isu kos tinggi pengurusan jenazah Covid-19

Mohd Shahzihan (dua dari kiri) bersama Mufti Selangor, Datuk Dr Anhar Opir (tiga dari kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Saipolyazan M Yusop (dua dari kanan) pada Majlis Serahan Set PPE Pengurusan Jenazah Covid-19 LZS kepada JAIS di Masjid Jamek Ar Rahimiah, Klang pada Rabu.
Mohd Shahzihan (dua dari kiri) bersama Mufti Selangor, Datuk Dr Anhar Opir (tiga dari kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Saipolyazan M Yusop (dua dari kanan) pada Majlis Serahan Set PPE Pengurusan Jenazah Covid-19 LZS kepada JAIS di Masjid Jamek Ar Rahimiah, Klang pada Rabu.
A
A
A

KLANG - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah menyelesaikan isu kos tinggi membabitkan perkhidmatan pengurusan jenazah Covid-19 di negeri ini.

Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, pada masa ini tidak lagi timbul isu berkaitan caj tinggi hingga membebankan waris mangsa.

"Kita sudah mengenal pasti di mana tempat itu berlaku dan JAIS telah ambil alih masalah tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Serahan Set PPE Pengurusan Jenazah Covid-19 Lembaga Zakat Selangor (LZS) kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Masjid Jamek Ar Rahimiah, Klang di sini pada Rabu.

Justeru tegas beliau, pihak badan bukan kerajaan (NGO) Islam dalam pengurusan jenazah Covid-19 di negeri ini diminta mendapatkan maklumat lebih tepat sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

"Sekiranya tiada maklumat tepat, ia hanya mengeruhkan sahaja keadaan sedangkan perkara ini sudah selesai," jelasnya.

Mohd Shahzihan berkata, JAIS juga masih mengalu-alukan NGO Islam sedia ada untuk menunaikan tuntutan fardu kifayah dengan syarat sanggup mematuhi syarat dan kod etika yang ditetapkan JAIS.

"Mereka (NGO Islam pengurusan jenazah) mestilah boleh bekerjasama dengan JAIS kerana lagi ramai lebih baik, tetapi mesti ikut prosedur operasi standard (SOP), adab dan cara betul," katanya.

Artikel Berkaitan:

Mengulas mengenai dakwaan terdapat jenazah lambat dikebumikan, Mohd Shahzihan berkata, isu itu tidak timbul selepas JAIS ambil alih pengurusan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang dan pemantauan JAIS di empat lagi hospital di Selangor.

"Tiada isu jenazah lambat (dikebumi), semuanya berjalan dengan lancar kerana kita sudah tentukan pengebumian jenazah Covid-19," katanya.