Sila log masuk terlebih dahulu.

Ibu maut, bayi tiga bulan cedera dalam kemalangan

Seorang bayi berusia tiga bulan cedera ringan selepas kereta yang dinaiki bersama-sama ibunya terlibat kemalangan di Kilometer 19.2, Lebuhraya Senai Desaru, Johor Bahru pada Selasa.
Seorang bayi berusia tiga bulan cedera ringan selepas kereta yang dinaiki bersama-sama ibunya terlibat kemalangan di Kilometer 19.2, Lebuhraya Senai Desaru, Johor Bahru pada Selasa.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang wanita warga asing maut manakala bayinya yang berusia tiga bulan cedera dalam kemalangan di Kilometer 19.2, Lebuhraya Senai Desaru, dekat sini pada Selasa.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya, Pegawai Bomba Kanan II M Haridass berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pada jam 2.25 petang.

Katanya, seramai sembilan anggota dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

"Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Nissan Almera dipercayai dari arah Johor Bahru menghala ke Bandar Penawar telah terbabas melanggar pembahagi jalan.

Sebuah kereta Nissan Almera terbabas melanggar pembahagi jalan sebelum terbalik mengakibatkan seorang wanita maut dan bayinya cedera di Kilometer 19.2, Lebuhraya Senai Desaru, Johor Bahru pada Selasa.

"Pemandunya, Shahrodin Sabri, 58, hanya cedera ringan di bahagian kepala dan tangan manakala seorang wanita dikenali sebagai Suha, 41, disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang hadir.

"Sementara bayi perempuannya, Fatimatus Zahra Herma turut cedera ringan di bahagian kepala dan dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini dengan menaiki EMRS," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Katanya, wanita dan bayi berkenaan bukan warganegara dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Artikel Berkaitan:

"Operasi tamat pada jam 4.33 petang," katanya.