Kerajaan Selangor pandang serius pencemaran di Sungai Penchala

Laporan Sinar Harian pada Sabtu lepas.
Laporan Sinar Harian pada Sabtu lepas.
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor memandang serius insiden pencemaran yang berlaku di Sungai Penchala, Petaling Jaya yang mengakibatkan ratusan ikan mati pada minggu lalu.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kejadian pencemaran berkenaan sudah berada dalam pengetahuan pihaknya dan siasatan lanjut sedang dijalankan agensi berkaitan.

“Kerajaan negeri tidak akan berkompromi dengan jenayah alam sekitar dan memastikan tindakan diambil kepada mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Pada 12 Ogos lalu, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) menerima maklumat daripada Jabatan Alam Sekitar Selangor berhubung kejadian ikan mati dalam jumlah yang banyak di Sungai Penchala.

Hasil siasatan kemudiannya mendapati terdapat kesan pelepasan bahan kimia daripada sebuah kilang berhampiran Jalan Professor Koy Khee Kim yang menjadi punca kejadian berkenaan pada 14 Ogos.

Berikutan itu, satu tindakan telah diambil mengikut Seksyen 79(1)(a) Enakmen LUAS (Pindaan) 2020 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun dan denda tidak kurang RM200,000 atau lebih RM1 juta jika sabit kesalahan.

ARTIKEL BERKAITAN: LUAS ambil tindakan kilang cemar Sungai Penchala, bunuh ratusan ikan

Artikel Berkaitan: