Toyota rai kejayaan 50 juta Corolla terjual di seluruh dunia

Toyota telah menjual 50 juta unit model Corolla di seluruh dunia dengan 300,000 terjual di pasaran Malaysia sehingga kini. - Foto 123RF
Toyota telah menjual 50 juta unit model Corolla di seluruh dunia dengan 300,000 terjual di pasaran Malaysia sehingga kini. - Foto 123RF
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pengeluar kereta Jepun, Toyota telah menjual 50 juta unit model Corolla di seluruh dunia dengan 300,000 terjual di pasaran Malaysia sehingga kini.

Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K berkata, kejayaan model berkenaan adalah disebabkan ia menjadi standard baharu kecemerlangan automotif dalam kelas kereta itu, menawarkan kepada pelanggan sedan yang dinamik dan canggih dengan cita rasa mewah.

“Setiap generasi, dari awal lagi telah menyumbang kepada transformasi jenama. Daripada generasi pertama yang bermula dengan permotoran secara meluas sehingga kepada generasi terkini yang menjadi asas kepada transformasi, Corolla sentiasa seiring dengan perubahan yang berlaku dalam masyarakat dan ekonomi Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam masa 55 tahun, Corolla berada dalam pasaran, popularitinya yang berterusan membuktikan bahawa falsafah asas di sebalik model tersebut adalah nyata.

Bagaimanapun, reka bentuk asal telah berevolusi selama beberapa generasi bagi memenuhi citarasa dan gaya hidup pelanggan Malaysia yang sentiasa berubah, kata syarikat itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: