'Terpaksa tolak pelanggan belum lengkap vaksin'

Joanne bertanyakan sesuatu kepada seorang pelanggan sebelum masuk ke dalam premisnya.
Joanne bertanyakan sesuatu kepada seorang pelanggan sebelum masuk ke dalam premisnya.
A
A
A

SEREMBAN - Kebanyakan kedai gunting rambut sekitar Sikamat di Seremban mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan sebelum menerima pelanggan.

Rata-rata pengusahanya mematuhi SOP baharu antaranya memastikan pelanggan yang memasuki premis menunjukkan sijil digital vaksinasi Covid-19 bagi membuktikan individu berkenaan sudah lengkap menerima vaksinasi.

Seorang pengusaha kedai gunting rambut dikenali sebagai Joanne, 53, berkata, dia sentiasa memastikan semua pelanggannya mematuhi SOP untuk mengelakkan penularan Covid-19.

"Sejak jam 11 pagi hingga 4 petang ini, hanya 15 orang pelanggan melepasi SOP terutama lengkap dua dos vaksin selain memastikan mereka mendaftar masuk melalui MySejahtera.

"Kebiasaannya saya menerima kira-kira 30 orang pelanggan kadang-kadang cecah 50 orang, namun disebabkan pendemik dan ada SOP baru perlu dipatuhi, kami akur dan terpaksa menolak beberapa pelanggan yang belum lengkap vaksin," katanya ketika ditemui Sinar Harian semasa membuat tinjauan di premisnya pada Isnin.

Katanya, dia juga mengambil langkah berjaga-jaga dengan kerap membasuh tangan selain disinfeksi pelanggan yang memasuki premisnya.

Antara notis yang ditampal oleh Joanne di hadapan premisnya.
Antara notis yang ditampal oleh Joanne di hadapan premisnya.

Sementara itu, seorang lagi pengusaha kedai gunting, J Vijan, 36, turut mengamalkan SOP sama dengan memastikan pelanggannya lengkap menerima dua dos vaksin.

Artikel Berkaitan:

"Lega rasanya apabila premis kami dibenarkan beroperasi walaupun ada SOP ketat namun kehadiran pelanggan pada hari pertama tidak begitu ramai," katanya.

Seorang pelanggan, M Tamil Selvan, 24, berkata, dia gembira apabila kedai gunting beroperasi semula untuk ia mendapatkan perkhidmatan menggunting rambut.

"Saya harap pendemik ini segera berakhir dan rakyat dapat meneruskan aktiviti harian seperti sebelumnya," katanya.

Kerajaan pada Ahad mengumumkan kebenaran 11 aktiviti ekonomi beroperasi bermula Isnin termasuk kedai gunting rambut dan pusat/salun kecantikan bagi perkhidmatan gunting rambut asas sahaja.