Lebih 10,000 pelajar tidak hadir duduki peperiksaan SPM 2023

Azman ketika sidang akhbar di Kementerian Pendidikan pada Isnin.
Azman ketika sidang akhbar di Kementerian Pendidikan pada Isnin.
A
A
A

PUTRAJAYA - Seramai 10,160 daripada 383,685 calon baharu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 tidak hadir menduduki peperiksaan itu.

Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan berkata, pihaknya memandang serius dengan jumlah ketidakhadiran itu dan perlu ditangani segera.

"Kita akan teliti punca kenapa calon ini tidak hadir (menduduki SPM 2023), selepas berlaku penurunan agak banyak (bagi calon yang mendaftar SPM 2023 berbanding 2022).

"Kita akan teliti satu persatu, intervensi akan dilaksanakan untuk tangani perkara ini sebaiknya," katanya pada sidang akhbar pengumuman analisis keputusan SPM 2023 di Kementerian Pendidikan (KPM) pada Isnin.

Sebagai rekod tahun lalu, seramai 14,858 atau 3.8 peratus daripada 388,832 calon baharu SPM 2022 bagi menduduki peperiksaan itu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: