Rentas negeri, daerah kesalahan tertinggi kena kompaun

Arjunaidi Mohamed
Arjunaidi Mohamed
A
A
A

SHAH ALAM - Rentas negeri dan daerah antara kesalahan tertinggi daripada 2,063 jumlah keseluruhan kompaun dicatatkan sepanjang Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN) sehingga pada Sabtu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, selain dua kesalahan itu kompaun turut melibatkan kegagalan mendaftar Mysejahtera atau secara manual ketika memasuki premis serta tiada penjarakan fizikal.

"Kami akan terus menjalankan operasi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sepanjang Fasa Satu PPN ini.

"Orang ramai perlu terus mematuhi SOP dalam usaha melengkungkan rantaian penularan wabak Covid-19," katanya dalam sidang akhbar di pekarangan Mes Pegawai Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, pada Isnin.

Artikel Berkaitan: