X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 28 November 2021

Kanada: Pilihan raya awal ditetapkan pada 20 September

Justin Trudeau
A
A

OTTAWA - Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau pada Ahad mengumumkan pilihan raya awal dijadualkan pada 20 September.

Trudeau, yang juga pemimpin Parti Liberal membuat pengumuman itu selepas mengadakan mesyuarat dengan Ketua Gabenor Mary Simon, lapor Xinhua.

Kempen pilihan raya akan diadakan ketika negara ini berdepan gelombang keempat dan peningkatan kes Covid-19.

Parti pembangkang menentang keputusan untuk mengadakan pilihan raya awal itu. Tarikh sebenar pilihan raya ialah pada Oktober 2023.

"Keputusan kerajaan bakal menentukan masa depan generasi akan datang. Rakyat Kanada perlu memilih bagaimana kita harus menamatkan perjuangan menentang Covid-19 dan membangun semula ke arah lebih baik.

“Kini adalah detik bersejarah. Anda berhak menentukan masa depan negara, sama ada meneruskan usaha vaksinasi atau meneruskan sokongan terhadap program kita.

"Saya memerlukan anda, dengan bersatu kita mampu melakukan yang lebih baik,” kata Trudeau pada satu sidang akhbar. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!